Kursus Pengenalan Dan Tatacara Permohonan Persijilan Sediaan Di Rumah
16 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah berkolaborasi dengan NZ Bunga Training & Consultant untuk mengadakan Kursus Pengenalan dan Tatacara Permohonan Persijilan Sediaan di rumah. Seramai 8 orang peserta usahawan yang telah menghadiri kursus tersebut. Objektif utama kursus tersebut diadakan adalah pengenalan lebih mendalam tentang Persijilan Home-Based Food, keperluan umum dan tatacara untuk memohon sijil Home-Based Food dan kelebihan Persijilan Home-Based Food dalam perniagaan. Kursus tersebut banyak meberi manfaat terutama kepada para usahawan untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.
Dengan itu, Pengusaha home-based food mampu meningkatkan keyakinan pengguna ke atas tahap keselamatan makanan home-based food yang dihasilkan, sekaligus meningkatkan hasil jualan melalui penggunaan logo pada label produk mereka. Oleh itu, kursus tersebut dapat memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu kepada semua usahawan yang baru menyertai kursus pengenalan dan tatacara permohonan persijilan sediaan di rumah. Sejurus itu dapat memudahkan mereka untuk memohon sijil Halal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: